Sunday, 10 May 2009

Program Pendidikan Keselamatan Lalulintas dan Pencegahan Penderaan Wanita dan Kanak-kanak Tarikh: 9hb Mei 2009 (Sabtu) Masa: 8.00pg - 10.30 pg.



Program ini telah berlangsung pada 9/5/09 iaitu pada hari Sabtu yang lepas. Program ini terbahagi kepada dua iaitu, 1. Pendidikan Keselamatan Lalulintas 2.Pencegahan Penderaan Wanita dan Kanak-Kanak. Dua orang penceramah dari Pasukan Polis Di Raja Brunei telah didatangkan khas untuk menyampaikan program tersebut.
Mula-mula penuntut telah didedahkan kepada Ceramah Keselamatan Lalulintas yang disampaikan oleh Inspektor Yahya bin Mudim. Satu ceramah yang menarik dengan cara penyampaian yang menarik, sekaligus menimbulkan minat penuntut untuk lebih memberi tumpuan. Ceramah kedua telah disampaikan oleh Inspektor Hjh Halimah binti Hj Nayan. Disini penuntut telah didedahkan pada kes-kes penderaan wanita dan juaga kanak-kanak. Penuntut juga telah diperingati untuk sentiasa berhati-hati untuk mengelakkan mereka terjebak dalam situasi yang negatif ini. Mereka juga diajarkan akan langkah-langkah yang patut diambil jika terlibat dalam penderaan.

Disediakan oleh: Cikgu Sarena binti Haji Sharbini

Lawatan Kerja Kaunselor dan Pembantu Kaunselor ke SMK Merbau, Miri Sarawak



Tarikh: 8hb May 2009 (Jumaat)
Masa: 6.30pagi - 9.00 malam
Tempat Lawatan: Sekolah Menengah Kebangsaan Merbau, Miri

Bas bertolak dari tempat letak kerita Kementerian Pendidikan pada jam 6.30 pagi. Rombongan sampai ke Sekolah Menengah Kebangsaan Merbau, Miri pada jam 10.00 pagi. Setiba di sana rombongan telah dialu-alukan dengan sambutan yang sangat meriah sekali oleh warga sekolah. Dengan paluan hadrah dan warna-warni bunga manggar, rombongan disambut dengan penuh meriah sekali.
Rombongan telah dibawa ke Bilik Persidangan untuk mendengar taklimat dari salah seorang penuntut sekolah tersebut. Selepas itu kami telah dipecah menjadi dua kumpulan untuk melawat kelas MPV dan juga bilik kaunseling. Banyak informasi-informasi bermanfaat telah kami perolehi. Kami juga berkenalan dengan guru kaunseling seramai 5 orang.
Selepas lawatan bilik MPV dan bilik kaunseling, kami telah dijamu dengan jamuan ringan. Pertukaran cenderamata dan ucapan penghargaan telah diadakan selepas jamuan. Ucapan penghargaan tersebut telah disampaikan oleh ketua rombongan Dr EE Ah Meng. Manakala ucapan balas telah disampaikan oleh pengetua sekolah.
Sebelum lawatan tamat, rombongan sempat bergambar ramai bersama warga sekolah.

Disediakan oleh: Cikgu Sarena bt Hj Sharbini

Monday, 4 May 2009

Lawatan Pameran Kerjaya Brunei Shell Petroleum Bagi Penuntut MA 5 yang Terpilih



Tarikh: 4 May 2009
Masa: 8.00 pagi - 12.30 tengahari
Tempat: Kelab Ria Brunei Shell
Peserta: 10 orang penuntut MA 5A & 5B dan 4 orang guru pengawas

Bas bertolak jam 8.00 pagi dari Sekolah Tinggi Perempuan Raja Isteri. Rombongan sampai ke destinasi tujuan jam 9.30 pagi. Sampai ke Kelab tersebut, para penuntut telah dipersilakan untuk terus melihat pameran yang tersedia. Manakala guru-guru dibawa ke bilik lain untuk menikmati jamuan. Bermacam-macam pameran tersedia dan penuntut-penuntut telah didedahkan kepada bermacam-macam 'career opportunities' yang ditawarkan oleh Pihak Penganjur.

Rombongan lawatan bertolak dari Kelab Ria Brunei Shell jam 11.20 dan sampai balik ke sekolah jam 12.40 petang. Satu lawatan yang menarik dan memberikan bermacam-macam input kepada penuntut, terutama penuntut-penuntut aliran sains yang berminat menceburi bidang kejuruteraan.